bckground

Friday, October 11, 2013

Cara Membuat Keropok Lekor / Keping


Antara cara pembuatan keropok keping mengikut peraturan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15peratus.

CONTOH MEMBUAT KEROPOK LEKOR / KEPING

Bahan-Bahan Untuk Memproses Keropok Lekor / Keping

Bil                    Bahan-bahan                 Contoh
1.   Isi ikan                                              10kg
2.   Tepung kanji                                       10kg
3.   Garam                                              300g
4.   Gula                                                 200g
5.   Monosodium Glutumate (MSG)                  30g
6.  Air Ais                                             2-3 kg

Cara-Cara Pemprosesan Keropok / Keping

a) Membancuh Adunan

Bahan-bahan campuran yang digunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul (mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat diketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk menjadi doh.

b) Membentuk

Adunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk selinder. Ketulan dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok dibentuk diantara 30cm -50cm. Panjang, bergaris pusat diantara 6cm - 10cm, serta mempunyai berat 500gm - 1kg. Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu diantara 100gm - 500gm.

c) Memasak

Keropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.

d) Memotong

Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan. Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.

e) Menjemur 

Keropok yang telah dipotong nipis di susun diatas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

f) Membungkus

Keropok yang telah kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik. Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri (Tew Impulse Sealer)

g) Penyimpanan 

Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100gm, 200gm, 500gm dan 1kg adalah perlu disusun dengan rapi supaya tidak dikenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengaibatkan kerosakan kepada keropok seperti patah, pecah dan sebagainya.

5 comments: