Keropok Lekor
bckground
Saturday, October 12, 2013
Terma dan Syarat
Ada 3 perkara yang kami tekankan kepada pelanggan iaitu terma bagi jualan, pembayaran dan penghantaran.
No 1 : JUALAN
- Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan/ tiada wang akan dikembalikan.
No 2 : PEMBAYARAN
- Pembayaran hendaklah dibuat pada akaun Maybank atau Bank Islam yang diberikan.
- Bukti pembayaran hendaklah dilampirkan pada email kami.
- Lampiran bukti pembayaran adalah wajib. Tanpa bukti pembayaran, pihak kami tidak akan memproses pesanan anda.
- Lampiran yang kami perlukan ialah :-
a) Sekiranya pembayaran melalui Internet Banking. Sila copy & paste pada microsoft word gambar transaksi pembayaran dan emailkan pada kami. Sila berbuat demikian walaupon anda telah notify kami melalui email di m2u.
b) Sekiranya pembayaran melalui ATM dan kaunter pembayaran. sila scan/ambil resit anda dan lampirkan apabila anda "reply" email kami.
No 3 : PENGHANTARAN
- Penghantaran adalah menggunakan Poslaju.
- Penghantaran adalah percuma
No 1 : JUALAN
- Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan/ tiada wang akan dikembalikan.
No 2 : PEMBAYARAN
- Pembayaran hendaklah dibuat pada akaun Maybank atau Bank Islam yang diberikan.
- Bukti pembayaran hendaklah dilampirkan pada email kami.
- Lampiran bukti pembayaran adalah wajib. Tanpa bukti pembayaran, pihak kami tidak akan memproses pesanan anda.
- Lampiran yang kami perlukan ialah :-
a) Sekiranya pembayaran melalui Internet Banking. Sila copy & paste pada microsoft word gambar transaksi pembayaran dan emailkan pada kami. Sila berbuat demikian walaupon anda telah notify kami melalui email di m2u.
b) Sekiranya pembayaran melalui ATM dan kaunter pembayaran. sila scan/ambil resit anda dan lampirkan apabila anda "reply" email kami.
No 3 : PENGHANTARAN
- Penghantaran adalah menggunakan Poslaju.
- Penghantaran adalah percuma
Friday, October 11, 2013
Hubungi Kami
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Terima kaseh kerana mengunjungi ruangan ini,disini saya ada menyediakan tempat untuk anda mendapat keropok asli dari terengganu. Sedap dan tidak akan mengecewakan anda. Keropok ini dihasilkan secara turun temurun sejak sekian lama dan sehingga hari ini rasanya yang sedap itu masih lagi kekal asli. So anda perlu merasainya sendiri baru anda akan tau. Bagaimana untuk mendapatkan keropok terengganu ori?? Anda tidak perlu datang ke terengganu, Anda cuma buat tempahan, saya akan hantar terus ke pintu rumah anda.
Cara Membuat Keropok Lekor / Keping
Antara cara pembuatan keropok keping mengikut peraturan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15peratus.
CONTOH MEMBUAT KEROPOK LEKOR / KEPING
Bahan-Bahan Untuk Memproses Keropok Lekor / Keping
Bil Bahan-bahan Contoh
1. Isi ikan 10kg
2. Tepung kanji 10kg
3. Garam 300g
4. Gula 200g
5. Monosodium Glutumate (MSG) 30g
6. Air Ais 2-3 kg
Cara-Cara Pemprosesan Keropok / Keping
a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan campuran yang digunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul (mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat diketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk menjadi doh.
b) Membentuk
Adunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk selinder. Ketulan dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok dibentuk diantara 30cm -50cm. Panjang, bergaris pusat diantara 6cm - 10cm, serta mempunyai berat 500gm - 1kg. Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu diantara 100gm - 500gm.
c) Memasak
Keropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.
d) Memotong
Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan. Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.
e) Menjemur
Keropok yang telah dipotong nipis di susun diatas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.
f) Membungkus
Keropok yang telah kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik. Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri (Tew Impulse Sealer)
g) Penyimpanan
Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100gm, 200gm, 500gm dan 1kg adalah perlu disusun dengan rapi supaya tidak dikenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengaibatkan kerosakan kepada keropok seperti patah, pecah dan sebagainya.
Keropok Terengganu Ori
Keropok Keping adalah proses dari keropok lekor yang telah direbus dan di potong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok kering. Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.
Keropok Lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur semenanjung malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain TerengganuKeropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan baunya mencemari makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Cara Pembayaran
Kami menyediakan kaedah mudah, berkesan dan selamat untuk anda membuat pembayaran. Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat peribadi kewangan anda di laman web kami. Oleh itu anda tidak perlu risau akan keselamatan pembayaran tersebut kerana ianya dijamin oleh bank-bank berkenaan yang sememangnya berpengalaman dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Bayaran boleh dilakukan menggunakan Online Banking, di kaunter bank atau di mesin ATM. Selepas pembayaran, sila emailkan No Order, Jumlah Bayaran, agar pesanan anda akan cepat diproses.
Bayaran boleh dilakukan menggunakan Online Banking, di kaunter bank atau di mesin ATM. Selepas pembayaran, sila emailkan No Order, Jumlah Bayaran, agar pesanan anda akan cepat diproses.
Melalui Maybank2u
Melalui Bank Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)